Ulasan kritis Kisah_Paling_Gangster

Melati Pusaka dari Free Malaysia Today mengulas bahawa Kisah Paling Gangster (KPG) tidak sehebat KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof dari segi penceritaan dan menyifatkan KL Gangster 2 lebih ganas daripada KPG.[2] Aqmar Mustaza dari Sinar Harian mempunyai alasan tersendiri mengenai filem ini: "Hanya melewati babak-babak terakhir barulah filem ini menarik untuk diikuti apatah lagi Brando (Lee) sebenarnya menyelitkan beberapa ‘twist’ yang tidak terjangka namun memberi segala jawapan kepada persoalan yang timbul pada permulaan jalan cerita."[3]